Monday, 31 December 2012

dua kosong satu tiga #2013 :')

                                                   
Tumblr_mfvesf0ni31rhnq0fo1_500_large

Bismillahirrahammanirrahim . In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful .Salam to readers.

 hari nie hari terakhir bagi tahun 2012 . semoga Allah SWT meredhai hari terakhir untuk tahun 2012. masih belum bersedia untuk tinggalkan 2012. masih banyak benda yang perlu buat. masih tak langsai tanggungjawab tahun nieh tetiba dah nak melangkah kaki ke tahun baru . tahun baru tanggungjawab sangat banyak. berat nak tinggalkan 2012 sebab banyak kenangan yang ada. ya Allah , menitis  air mata ini apbila teringatkan kembali kenangan yang tercipta pada tahun 2012. banyak sangat sehingga diri ini tak mahu melepaskannya. tahun 2012 penuh dengan memori yang terindah bagi ku . dapat bersama kawan-kawan , sedara-mara , kenal dengan dia dan yang paling seronok perkenalanan dengan kakak . walaupun hanya kenal dekat facebook. tapi tetap merasakan kebahagiaan itu. bila keseorang rasa sebak itu wujud. mengenangkan kenangan tahun ini. Ya Allah , indahnya perkenalan dan kenangan tahun ini. rasa sebak dan sedih di hati hanya Allah yang tahu.merungut dekat sini pun takdak guna. nak tak nak kena tempuh jua hari esok selagi masih bernyawa di bumi yang dipinjamkan ini. kuasa Allah mana boleh kita bantah. esok dah tahun baru. banyak tanggungjawab baru ,banyak yang perlu buat. umur pun semakin meningkat. tanggungjawab pun semakin berat. kalau cakap tahun baru mesti ada saja azam dan tekad baru .  ada yang mampu buat tapi ada juga yang terabai di pertengahan jalan .hangat hangat taik ayam sahaja. tipu lah kan kalau aku cakap tahun nieh aku takdak tekad baru. ada tuh ada , tapi entah terdaya ka tak sehingga habis tahun 2013. anyway , pada tahun baru nie aku berazam nak :-

 menjadi pelajar dan senior yang baik .
 siapkan homework on time .
 menjadi seorang anak dan kakak yang terbaik untuk adik-adik
 menjadi seorang yang lebih matang , sabar dan kuat untuk hadapi pelbagai dugaan dan cabaran
 menjadi kawan yang lebih baik. sebelum ni pun baik tapi nak baik lagi =D
 menjadi seorang hamba yang taat akan perintahNYA
 kurangkan sifat ego dalam diri.
 maafkan kesalahan dan meminta maaf kepada semua orang sebelum tidur .
 nak kurus =D
 kurangkan sikap garang dan kasar dengan sesiapa sahaja.
 tumpukan pelajaran untuk upsr

banyaknyaa tekad dan azam aku . Ehh , mampukah ? insyaAllah , kuatkan diri dan sentiasa tulis dalam buku . setiap hari kena tengok dan ingat azam tahun ini. semoga dipermudahkan oleh Allah untuk buat semua ini. Tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttt. T_T

untuk sesiapa yang mengenali diri ini , untuk keluarga , untuk kawan-kawan yang pernah bersemuka mahupun tidak ,untuk kamu -SIS dan untuk semua blogger.

empunya diri ini ingin memohon sejuta kemaafan andai pernah menguriskan hati , terkasar bicara , membuat lawak yang sememangnya kekadang tak pernah lawak pun. dua kosong satu dua sangat banyak kenangan . ada yang boleh lupa ada yang tak boleh. yang banyaknya mesti lah kenangan manis kan. mungkin diri ini terlalu kasar sehinggakan membuat sesuatu tanpa sedar. maafkan untuk semua kesalahan yang pernah diri ini buat. yang nampak dengan mata kasar mahupun tak.

Ayah , Mak , Ibu dan Abah . I am so sorry . I make a lot mistakes . kekadang saya selalu buat Mak bising , bebel dan marah sebab tak pernah on time nak kemas rumah. tak pernah nak ikut apa yang Mak cakap. saya selalu merajuk dan merengek dengan ayah , saya minta maaf. kekadang itu hanya untuk melawak . maaf juga sebab ada harituh masakan saya  terlebih garam. Masin T_T . entah laa macam mana. lori garam jatuh depan rumah . Hehe . Ibu and Abah , terima kasih sebab sanggup jaga saya dari kecil sampai sekarang nak besar pun. umur pun dah makin meningkat. terima kasih sebab setiap kali kitaorang sampai dekat sana , Ibu mesti masak sedap sedap dan Abah tak pernah putus nak support kami. Maaf untuk semua kesalahan saya . Iloveyou so much
 
 for bloggers , sorry sebab ada yang dapat follow blog korang ,ada yang tak . kekadang tuh salah aku sendiri dan sometimes salah korang juga sebab tak letak IDBLOG . acenaa nak follow ? anyway , tolong juga tinggalkan link korang sebab senang nak merangkak ke sana. Once again sorry :)
and last for you sista ! Kindda dew. Hihi , baru sahaja kenal tapi dah macam kenal lama kann ? tak sampai sebulan pun. saya mohon maaf dengan kamu kakak . semoga tahun 2013 akan lebih bermakna buat kamu. Goodluck for your STPM. terima kasih kerana menjadi pendengar saya :')

So , I wish you all Happy New Year ! Hope 2013 is most better than this year . Say Goodbye to 2012 and Hi to 2013. untuk student 5A'13 selamat kembali ke sekolah and esok kita mulakan pelajaran baru dengan cikgu MATE yang awesome . Haha . Okey , bye .




:')


Suka? Comment jer

Sunday, 30 December 2012

Kajian Membuktikan Kebenaran Hadis Rasulullah Mengenai Lalat

                                                 
   Hamaigaddd lalat tuh tengah buat apa ye ? -.-"

Abu Hurairah r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda :
"Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah is kerana salah satu sayapnya mempunyai racun dan disebelah yang lain mempunyai penawar"
     [Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320),Abu Daud (3320),Ibnu Majah (3505)]

KAJIAN SAINTIFIK

Sains moden menjadikan lalat buah, khususnya "drosophilia melanogaster" sebagai kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammad dalam hadis ini menyebut berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.
Kajian saintifik telah mendapati bahawa lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis enzim yang dinamakan bacteriphages iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Ianya merupakan kuman yang sangat kecil, bersaiz panjang. Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air,hendaklah lalat tersebut dicelup kerana ia akan mengeluarkan kuman bacteriphages menentang bakteria perosak.

HUKUM MINUM AIR YANG MENGANDUNGI LALAT

Majoriti ulamak berpandangan, Air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila Rasulullah mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman. Ibnu Qayyim mengulas : Ini adalah pendapat majoriti ulamak yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.

Sumber : Bulletin Sekolahku


p/s: agak2 korang nak celup ke tidak ? tepuk dada tanya selera 

Suka? Comment jer

Rasulullah Dengan Buah Limau

                                             
Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya,siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman yang gembira. Buah itu dimakan oleh baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. 
Rasulullah s.a.w terus makan dengan mempamerkan senyuman sehingga buah itu habis dimakan beliau. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan melihat sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya pada kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya".
Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w,baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa ? Sebenarnya tujuan dia memberi buah limau yang masam itu hanyalah untuk mempermainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Malangnya tidak berjaya dan rancanganya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w

Sumber Facebook

p/s : Subhanallah Nabi kita indah sungguh akhlaknya. 

Suka? Comment jer

10 Sebab Doa Tertolak

                                                   
Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :

PERTAMA
Kamu mengenal Allah, tetapi
  kamu tidak tunaikan hakNya.

KEDUA
Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.

KETIGA
Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

KEEMPAT
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

KELIMA
Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

KEENAM
Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

KETUJUH
Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

KELAPAN
kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

KESEMBILAN
Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

KESEPULUH
Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.


p/s: Berdoalah untuk kebaikan dan jangan berdoa untuk keburukan seseorang 

Suka? Comment jer

Tips Imam Syafie Untuk 4 Perkara Sihat



                                                   
Gambar Hiasan
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.


P/s : Renungkanlah ^^


Suka? Comment jer

Wednesday, 26 December 2012

De'Princess

                                                                


Basics:
Name : Ellysha Diana Bt Shahran . 
Nickname : Elly , Ellysha  .
Age : Berumur 12 tahun pd 2013.
Fallin in love with : One direction ♥
Facts: 
 1rd daughter.
 Likes Surfing Internet ,Facebooking ,Blogging ,Tweeting.
 One Directon Fans Too.
 Mudah Touching.
 Love to speak in English but have a bad grammar♥
 I Love My Friends and my BIAS.
Likes + Loves :
 Allah S.W.T and Prophet Nabi Muhammad S.A.W.
 My Family And Friends.
  Pink,blue,black,white,purple.
 Cadbury and My Mom Cooks.

Hates: 
 Lady Gaga.
 Copycats, Anons, Fakers, Liars, Haters and Hacker
 People who do not appreciate and backstabbed.
 People hot-tempered and stubborn.
 People have high ego and talkative.
 Slow internet line kind of snail.
 Ghost Film | Kerengga.

Love Note: 
 I love My Family ♥
 I Miss Fatin ♥

Suka? Comment jer