Wednesday, 23 January 2013

betulkah saya sangat cool ?

                                                         Assalammualaikum wbt


      kata orang cool itu sejuk , dingin dan beku. Apa kena - mengena saya dengan cool .

Oh , saya juga bukan dilahirkan dalam bulan yang sejuk.Saya bukan dilahirkan sebagai anak kutub utara ataupun kutub selatan , tetapi ada waktunya saya fikir saya ini terlebih sejuk agaknya .Oh , jangan ! Jangan pula menuduh saya manusia reptilia ! Saya bukan 'Cicakgirl' ya ! Baik , pada hari ini saya mahu membuat analisis sedikit berkenaan tahap kebekuan diri saya.

Saya tidak pandai mahu menjadi manusia yang plastik.Saya telus , jujur dan berterus terang. (Chewahh ) Betul ! Sekiranya di hadapan saya ada Maher Zain menyanyi sekalipun , tetapi disbbkan saya sedikit pun tidak tertawan denganya, lalu tidak payah berusaha gigih belanja saya makan semeja denganya . Wah , sangat cool bukan ! 

Sekiranya org lain sibuk bercakap perihal fesyen terkini , warna apa yg paling ' in ' saya peduli apa ! Saya cuma memandang kulit sendiri , supaya setipa pemilihan fesyen ataupun warna yg saya pakai itu tidak nampak lebam  pada badan saya. Paling penting , saya tidak mahu diri saya menjadi kereta berhias yg mempunyai segala jenis pokok , kolam , tasik , itik , bulan ataupun bintang yg bergantung padanya.

Org lain sibuk mengikat perut dan makan mi segera yg direndam air panas percuma ihsan drpd mak cik di dewan makan sekolah , , demi membeli segala jenis telefon bimbit terkini lagi canggih . 

Saya? Tidak pernah tergoda pun ! Kawan2 kata saya tidak cool sbb tidak mengikuti perkembangan terkini.

Buat apa mahu cool sekiranya mmg perut betul2 sdh cool , sejuk sehingga senak , kembung dan masuk angin disebbkan oleh kebuluran yg sengaja saya tempah !

Pada saya , kegunaan telefon bagi menghubungi org yg perlu dan mengirimkan SMS . Paling penting , telefon buruk saya itu sekalipun terhempas dan terbelah dua , masih dapat dikutip kad simnya dan elok sahaja apabila dihidupkan semua ! Hahaha..itu barulah cool pada saya ! Sudah terpelanting dan terbelah dua pun masih dapat dipakai lagi !

Isu fesyen juga tidak pernah menyemak apalagi menyesakkan fikiran saya.Helo, saya perempuan okay 1 Tidak berfesyen bukan beerti saya bukan perempuan . Tidak patut apabila ada org mahu mengejek saya tidak mahu berjaya sbagai seorang gadis hanya kerana saya tidak berfesyen.Pada saya , paling penting adalah menutup aurat , sopan dan tampak manis . Ada faham ?

Saya seorang yg sederhaa . Oleh itu , saya akn kekal sederhana. Saya tidak suka terlebih menggedik - gedik . Hish , loyalah dgn perempuan begitu . Peragai yg plastik adalah bukan saya . Bukankah lebih elok menjadi manusia yg telus dan tidak hipokrit ?

Sya tidak faham mengapa ada org yg suka berlebih - lebihan .Pergi ke tuition seperti mahu pergi berparti .Berpakaian seperti artis yg mahu ke Grammy Award. Bibir merah menyala , bergincu umpama terkena cili kisar. Selepas itu , sanggup pula meletakkan corak kuda belang pada badan .

Adakah saya sedang mengumpat skrg ? Oh , Tidak ! saya tidak mahu melakukan dosa ! Ya Allah , ampunkan saya ! 

Saya bersyukur dgn fizikal saya ! Ya , mohon dengar, Sya ulang semula ya ! Saya bersyukur dgn fizikal saya ! Tidak kira sama ada pada mata anda saya ni tampak rendah , pendek , rendang , bantut bangkut , ataupun apa saja yg sekufu denganya . Saya ttp bersyukur kerana saya dilahirkan begini . Org lain tidak perlu sibuk - sibuk mengejek saya budak kurus ya !

Kurus ataupun rendah , Saya adalah ciptaan Allah 1 Menghina saya sama sahaja seperti menghina ciptaan Allah ! Paling penting , saya cukup sifat . Sekiranya sungguh pun saya kurus kering ataupun apa sahaja , saya tidak menyusahkan org lain.

Saya tidak suka pada benda yg berkilau - kilau , sehingga org lain memandangnya menjadi silau dan perlu memakai kaca mata hitam . Sejak azali , saya tidak berminat dgn barang hiasan seperti gelang , cincin , anting2 , subang ataupun apa sahaja . 

Sekiranya dipakai pun , mungkin saya suka gelang Mekah sahaja . Pda saya , barang perhiasan yg keterlaluan ini hanya menambahkan berat badan .Baik , cukup setakat ini saya merepek.Lega perasaaan saya dapat meluahkan segala - galanya . Saya berharap sangat org berkenaan terklik blog saya yg tidak popular ini .Kemudian , dia terbaca pula entri ni , walaupun dia tidak megenali saya . 

Selepas ini , mudah - mudahan dia lebih tahu menghormat org lain .Huhu , macamlah saya bijak memberi nasihat kpd org ! Tidak , tidak begitu . Saya mempunyai kelemahan diri. Baik , itu sahaja ! Cool semua !

http://ellyshadianaxoxo.blogspot.com

Suka? Comment jer

Thursday, 10 January 2013

bicara hati , tiada yang tahu t_t

                                                   

Assalammualaikum wbt

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati....


Apa yang terzahir di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui betapa sakitnya atau beratnya musibah yang menimpa kita sehingga membuatkan kita bersedih. Begitu juga ketika hati kita merasa sakit, jangan sampai orang lain juga terkena tempiasnya disebabkan kesakitan hati kita itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu dan tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
 

Mungkin pada Saat ini, ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat. Dan di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, seoalah-olah dia sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya. Maka disini kita dapat membayangkan bagaimana hatinya dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan amat suka cita. Tetapi sebaliknya, ada juga hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagian yang dirasakan olehnya. Siapa yang tahu didalam keadaan orang yang bahagia ada dalam kalangan mereka yang berbisik dihatinya......" Tahukah dia bahawa hati saya sakit di saat dia merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa saya ingin menangis, ketika dia tersenyum dan tertawa?" tiada siapa yang tahu...... kita pun tidak tahu...
 


Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah & tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara hatinya itu. 


sekarang apa yang aku rasa tak semua orang tahu. rasa rindu dekat dia hanya Allah sahaja yang tahu. walaupun setiap hari texting , sehinggakan aku tahu kekadang dia pun sudah jemu dan muak. tapi perasaan rindu ini masih lagi ada di hati ini. tidak tahu bagaimana nak ungkapkan. sekirangnya rindu itu cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas , aku pasti bekas itu penuh dengan kerinduan. Ya Allah , aku mohon saat ini kau lindungilah di mana sahaja dia berada. :'( . Bye 

#LOM-Lot of Miss =.=





Suka? Comment jer

Saturday, 5 January 2013

First Day School part 1 !


Assalamualaikum wbt
  Waaa ~ Mula - mula rasa nak sangat pergi sekolah , rindu kawan .Terutama sekali kawan baik saya ,Fatin Alia . Tapi sekolah nnti takdelah yang nak aktif ngan kita , yg selalu berlawak ngan kita , Sob Sob .Nasib baik ada Izzah , dye ni asyik gelak - gelak jer . Tapi tak sebagus Fatin Alia yg dah hampir 5 tahun kawan dengan dye , I miss you Fatin =') , Waktu malam sebelum nak sekolah , Baru nak layan drama , dah kena tidur . Tapi elly ngan adik tak boleh tidur , Maklumlah , kan selalu tidur kul 12 .00 . Hahaha.Sekejap tutup lampu , sekejap bukak lampu , pastu tak boleh tidur lagi , Ambik music box , pusing kan dye punya kunci tu , tunggu dye sampai habis , tapi tak boleh tidur juga , Aiyooo . lepastu tak de kerja , kan belajar kan selalu ngantuk kan , SO , kita belajar la tetibe tidur ngan buku tu sekali . Hahhaah , Dalam 4 jam lebih Mama dah suruh bangun , Haish , mata panda la aku hari ni.. Pastu 3 *ceh main - main je nih , jangan marah tau* . Pakai baju kemeja semua , tiba - tiba cakap dalam hati * weh aku nampak gemuk la pakai baju ni *  Hahaha . Datang sekolah je , nampak Syifaa and Ainun . Terus naik dengan kelajuan yang paling maksimum , Chewahh . Pastu tulis kehadiran pengawas then tengok Eh , eh awalnye Ikhwan datang . Hhaha , ini mesti beria - ria sangadd nak datang skolah .Perjalan gi kelas , Nampak    Mizah . Eh , eh dye tak pindah la and dye dah jadi pengawas bestari *tepuk tangan*Masuk je kelas , eh belajar ke ? Apasal korang semua dah buka buku and kenapa dah ada cikgu ? Waaaa ~ sape datang awl ni kena belajar la nih . Aiyooo , malasnyee..Datang - datang eh apasal semua tengok aku nih aku bersalah ke sbb datang lewat , Hishh , menyeramkan . Kita dah chop dah tempat tengah , tengok - tengok budak laki dah chopp , Uwaaa ~ terpaksa la duduk tepi ngan Izzah ,Harapan menjadi layuuuu~ Then pergi turun nak tengok kita kumpulan mana , Tengok jadual , eh eh ni kumpulan semua burung eh , hahah , Then kita kumpulan Helangg ! Tu diaa bersama ngan Alya , Elora , Luqman and Arash .Weee :3 sama ngan Alya . Pastu nampak Alya terus peluk , Yo lah dah 2 bulan tak jumpa.Rindu dia .Pastu kena tolong budak darjah 1 nih cari kelas , kesian dye . Then dengar GB berceramah . Eh , eh tengok Aina dah potong rambut , Tak cantik lahh , Rambut panjang bru cantik . Heheh . Selalu perli orang kan , Ambik kau , Rasakan ! Habis perhimpunan jer , Pn. Uma panggil sape nak beli vest . Pastu gi bilik panitia nak ambik vest .Lama gila tunggu , sebelah elly nih , nama dye sama ngan elly . darjah 4 . comel oh dye nih.Bila giliran elly , elly saiz S tapi pendek sangadd , tulah kurus tapi tinggi . HaHahah . So , amik saiz M je lahh. Masuk kelas je dah ada kerja sekolah . eh ? apa nih .. First-first sekolah dah ada Homework ? Waaa ~

Nanti kita sambung ye , nak bersiap gi birthday partayyy !
Assalamualaikum Wbt  =)

Suka? Comment jer

Tuesday, 1 January 2013

Freebies Assalamualaikum =)

                                                              

Hari nie elly baik hati nak kasi freebies yang elly buat nie kat korang.Sebenarnya elly buat untuk elly pastu cousin elly mintak buatkan untuk dia jugak.Entah kenapa tetiba saja elly buat lebih.Siapa nak ambillah dengan berhemah.elly buat biasa je and bentuk sama je cuma colour je yang berbeza.Tak lah berbeza sangat sangat =..= Dipersilakan ambil kalau nak ^_^


p/s : dah ambil bagitahu yerr :)


Suka? Comment jer