Assalammualaikum wbt
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati....
Apa yang terzahir di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui betapa sakitnya atau beratnya musibah yang menimpa kita sehingga membuatkan kita bersedih. Begitu juga ketika hati kita merasa sakit, jangan sampai orang lain juga terkena tempiasnya disebabkan kesakitan hati kita itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu dan tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
Mungkin pada Saat ini, ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat. Dan di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, seoalah-olah dia sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya. Maka disini kita dapat membayangkan bagaimana hatinya dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan amat suka cita. Tetapi sebaliknya, ada juga hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagian yang dirasakan olehnya. Siapa yang tahu didalam keadaan orang yang bahagia ada dalam kalangan mereka yang berbisik dihatinya......" Tahukah dia bahawa hati saya sakit di saat dia merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa saya ingin menangis, ketika dia tersenyum dan tertawa?" tiada siapa yang tahu...... kita pun tidak tahu...
Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah & tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara hatinya itu.
sekarang apa yang aku rasa tak semua orang tahu. rasa rindu dekat dia hanya Allah sahaja yang tahu. walaupun setiap hari texting , sehinggakan aku tahu kekadang dia pun sudah jemu dan muak. tapi perasaan rindu ini masih lagi ada di hati ini. tidak tahu bagaimana nak ungkapkan. sekirangnya rindu itu cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas , aku pasti bekas itu penuh dengan kerinduan. Ya Allah , aku mohon saat ini kau lindungilah di mana sahaja dia berada. :'( . Bye
#LOM-Lot of Miss =.=
sekarang apa yang aku rasa tak semua orang tahu. rasa rindu dekat dia hanya Allah sahaja yang tahu. walaupun setiap hari texting , sehinggakan aku tahu kekadang dia pun sudah jemu dan muak. tapi perasaan rindu ini masih lagi ada di hati ini. tidak tahu bagaimana nak ungkapkan. sekirangnya rindu itu cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas , aku pasti bekas itu penuh dengan kerinduan. Ya Allah , aku mohon saat ini kau lindungilah di mana sahaja dia berada. :'( . Bye
#LOM-Lot of Miss =.=
No comments:
Post a Comment